Kenaikan harga diesel sebanyak RM1.20 pada 10 Jun yang lalu pastinya memberi impak yang besar terhadap sektor ekonomi negara Malaysia.
Mana tidaknya, kos pembelian minyak diesel meningkat hampir 35% berbanding sebelumnya membuatkan ahli-ahli perniagaan garu kepala untuk meneruskan perniagaan.
Susulan dengan pengumuman kenaikan harga minyak diesel, kerajaan juga memberikan jalan penyelesaian dimana syarikat atau perniagaan yang terkesan boleh menuntut semula subsidi diesel mereka.
Macam mana nak claim semula subsidi diesel anda?
Apa kelayakan untuk membeli minyak diesel yang bersubsidi?
Apa syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk memastikan ada layak untuk menuntut semula jumlah subsidi yang ada?
Jom teruskan bersama kami untuk panduan yang jelas dan menyeluruh.
2 CARA CLAIM SUBSIDI DIESEL SYARIKAT SECARA ONLINE 2024
Syarikat pengangkutan dan logistik perlu memahami 2 proses utama dalam memastikan anda layak untuk membuat tuntutan semula subsidi diesel sebanyak RM1.20.
2 proses permohonan yang WAJIB dilalui adalah seperti berikut:
- PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KUOTA SUBSIDI DIESEL
- Permohonan ini penting kerana melalui proses ini anda akan mendapatkan pengesahan dari pihak kerajaan bahawa syarikat/perniagaan anda layak untuk membeli diesel yang bersubsidi.
- Setelah anda lulus permohonan mengikut kepada syarat kelayakan yang diberikan, anda akan menerima 2 surat sebagai dokumen sokongan untuk permohonan seterusnya.
- SURAT KELAYAKAN MEMBELI DIESEL BERSUBSIDI
- SENARAI KENDERAAN YANG LAYAK
|
SURAT KELAYAKAN MEMBELI DIESEL BERSUBSIDI |
|
SENARAI KENDERAAN YANG LAYAK |
2. PERMOHONAN FLEET CARD / KAD MINYAK
- Selesai permohonan di atas yang akan diluluskan serta-merta, anda perlu membuat permohonan untuk mendapatkan fleet card/kad minyak.
- Anda akan menerima secara fizikal fleet card/kad minyak untuk membuat pengisian di syarikat minyak pilihan.
- Antara kelebihan penggunaan fleet card/kad minyak ini, anda dapat merekod transaksi jumlah pengisian minyak, penentuan had pengisian secara harian/bulanan dan lain-lain.
- Tanpa kad minyak ini, anda TIDAK DAPAT MEMBELI DIESEL BERSUBSIDI.
Untuk makluman anda, Fleet Card Diesel adalah sebuah sistem subsidi diesel yang telah ditambah baik untuk memastikan kenderaan yang layak mendapat subsidi boleh dipantau dari segi penggunaan diesel dan mengelakkan berlakunya ketirisan.
Kegunaan Fleet Card Diesel akan membolehkan pihak kerajaan untuk mengesan individu yang layak manggunakannya dan mengelakkan penjualan diesel secara haram yang semakin berleluasa.
JENIS-JENIS FLEET CARD/KAD MINYAK
Antara contoh-contoh fleet card/kad minyak:
FLEET CARD PETRON
FLEET CARD BHPETROL
FLEET CARD CALTEX
FLEET CARD SHELL
FLEET CARD PETRONAS
CARA DAFTAR KELAYAKAN KENDERAAN DI SISTEM MYSUBSIDI DIESEL
Sebelum anda ingin membuat permohonan Fleet Card mengikut stesen minyak pilihan anda adalah disarankan untuk anda mendaftar dahulu syarikat, perniagaan mahupun penggunaan individu di Sistem MySubsidi Diesel.
Ini adalah untuk memastikan anda mendapat:
- Surat kelulusan kelayakan membeli diesel bersubsidi
- Senarai kenderaan yang layak dari pihak KDPN
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SUBSIDI DIESEL
- Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat ( sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif ) boleh berurusan di KPDN.
- Kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
- 'Runner' tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN
- Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleet card tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat sahaja.
- Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
- Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
- Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
- Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
- KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.
|
SENARAI KENDERAAN YANG LAYAK MENERIMA SUBSIDI DIESEL MENGIKUT KATEGORI
|
Untuk makluman, kelulusan kelayakan adalah serta merta dengan syarat semua maklumat yang diberikan adalah lengkap dan tepat.
ANTARA SEBAB PENDAFTARAN ANDA TIDAK BERJAYA:
- No Kad Pengenalan/ No.SSM tidak tepat. Semak semula sebelum hantar.
- Ejaan nama syarikat/perniagaan perlu diteliti dikhuatiri tidak sama seperti dalam Sijil Perakuan Pendaftaran.
- Anda tidak boleh berdaftar menggunakan nombor SSM yang lama.
- Kenderaan yang didaftarkan di dalam permohonan tidak tersenarai di dalam 23 jenis kenderaan yang dinyatakan seperti gambar di atas.
- Kenderaan bukan hak milik syarikat yang memohon. Pastikan anda mendaftar kenderaan yang berupakan hak milik khusus syarikat/perniagaan anda.
- Cukai jalan kenderaan (road tax) kenderaan syarikat telah tamat tempoh.
CARA-CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN SUBSIDI DIESEL 2024 ONLINE
- Layari laman web mysubsidi kpdn untuk mengisi : BORANG PERMOHONAN SUBSIDI DIESEL 2024 ONLINE
- Di bahagian 'Pendaftaran Baharu' klik pada yang berkenaan.
- Isi semua butiran-butiran yang diminta , tetapkan kata laluan dan pengesahan emel.
- Kemudian 'Log Masuk' dan lengkapkan permohonan anda mengikut panduan : MANUAL PENGGUNA
- Anda boleh memilih syarikat minyak pilihan anda dan peratus penggunaan di dalam sistem permohonan ini seperti yang dinyatakan di dalam manual pengguna di atas.
- Syarikat boleh memilih maksimum 3 jenama syarikat minyak semasa memohon di dalam sistem mysubsidi diesel. Antaranya:
- PETRONAS
- SHELL
- PETRON
- CALTEX
- BHP
Setelah permohonan anda diluluskan dan Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi sudah dikeluarkan, anda perlu memohon fleet card daripada syarikat minyak yang telah dipilih dalam Sistem Mysubsidi Diesel.
CARA MEMOHON FLEET CARD DIESEL
Suka untuk admin ingatkan bahawa anda hanya boleh menuntut semula subsidi diesel anda dengan syarikat minyak yang dipilih di Sistem MySubsidi Diesel.
Contohnya, kalau anda meletakkan Petron di dalam sistem MySubsidi Diesel, makanya anda perlu membuat permohonan Fleet Card Petron untuk memastikan anda dapat menikmati bayaran semula subsidi diesel yang layak diterima.
Macam mana nak mohon?
- Pastikan anda ada 2 dokumen penting ni:
- Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi
- Senarai Kenderaan Yang Diluluskan kepada syarikat minyak yang dipilih
- Isi borang permohonan fleet card dan sertakan dokumen-dokumen sokongan yang diminta untuk melengkapkan permohonan.
- Hantar borang permohonan , dokumen sokongan berserta 2 surat yang penting tadi ke syarikat minyak pilihan.
Anda boleh cuba hubungi senarai nombor syarikat minyak di bawah untuk maklumat lanjut mengenai permohonan fleet card anda.
CARA MOHON BAYARAN BALIK SUBSIDI DIESEL DI BUDIMADANI
BAGAIMANA PULA DENGAN SYARIKAT/PERNIAGAAN YANG MASIH BELUM MENERIMA FLEET CARD?
Jangan risau, anda selesaikan dahulu 2 langkah permohonan di atas kemudian tunggu sehingga permohonan anda lulus.
Sementara anda perlu menunggu fleet card, anda boleh membuat permohonan bayaran balik subsidi diesel secara tunai di Portal Rasmi BUDI MADANI
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Permohonan SKDS 2.0 sudah diluluskan KPDN sebelum 30 Jun 2024.
- BELUM MENERIMA FLEETCARD.
- Tertakluk kepada had liter ditetapkan. RESIT ASAL pembelian perlu disimpan untuk audit.
- Kementerian Kewangan akan menyalurkan pembayaran semula tunai dalam 15 hari bekerja bagi setiap tuntutan yang diluluskan ke dalam akaun milik syarikat yang berdaftar.
Macam mana nak mohon tu? Senang je.
- Layari laman web : BUDI MADANI dan pergi pada 'Permohonan Bayaran Balik - Program SKDS' dan klik 'Mohon di sini'
- Masukkan nombor IC anda dan klik 'Semak' anda akan diberikan paparan seperti di bawah:
- Kemudian klik 'Daftar Akaun', isi semua maklumat butiran yang diminta untuk melengkapkan permohonan anda.
- Buat tetapan kata laluan dan frasa keselamatan serta pengesahan emel (pastikan anda mendaftar alamat e-mel yang aktif dan tidak salah ejaan) Kemudian log masuk untuk membuat permohonan subsidi diesel tunai.
- Kemudian isi semua maklumat pemohon yang bertanda * wajib diisi. Antaranya:
- Nombor IC
- Nombor Subsidi Pemegang Akaun (Ada Surat Kelayakan Subsidi)
- Nombor akaun syarikat yang berdaftar, dan lain-lain lagi.
- Pergi pada bahagian 'Tambah Maklumat Kenderaan' dan masukkan nombor kenderaan. Nombor kenderaan perlu sama dengan nombor di dalam senarai kenderaan yang layak.
- Klik 'Tambah Tuntutan'. Masukkan semua butiran resit-resit pembelian minyak mengikut bulan. Pastikan anda membuat tuntutan ini mengikut syarikat minyak yang didaftarkan di bawah sistem Subsidi KPDN.
- Anda boleh klik pada bahagian 'Papar Tuntutan' untuk menyemak semula permohonan anda.
- Selesai semuanya klik pada 'Teruskan' buat pengesahan 'Pengesahan' kemudian 'Hantar'. Sila cetak maklumat permohonan anda untuk rujukan.
Berikut merupakan harga maksimum tuntutan mengikut kepada jenis badan kenderaan yang berdaftar.
|
HARGA CEILING TUNTUTAN MENGIKUT JENIS KENDERAAN |
Kesimpulan 2 Cara Claim Subsidi Diesel Syarikat Secara Online 2024
Kongsikan artikel ini kepada keluarga dan rakan-rakan yang masih lagi keliru dengan keseluruhan proses permohonan claim semula subsidi diesel.
Admin akan sentiasa update info terkini dari semasa ke semasa untuk kemudahan semua.
Sebarang maklumat lanjut anda boleh hubungi pihak yang berkenaan melalui:
- Pusat Panggilan SKDS 2.0 (8 pagi - 5 petang) : 03 - 8882 6769
- Pertanyaan mengenai fleet card stesen minyak :
- Petronas : 1-300-88-8181
- Shell : 1-300-22-8181
- Petron : 1-800-88-8298
- Caltex : 1-800-88-3168
- BHP : 03-77199499
Comments
Post a Comment