Permohonan Bantuan Modal Perniagaan MyKasih.
Bantuan perniagaan khas untuk para usahawan wanita kini telah dibuka untuk permohonan.
Usahawan wanita yang kekurangan modal untuk meneruskan atau memulakan perniagaan mereka kini boleh menarik nafas lega apabila Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menyediakan inisiatif bantuan perniagaan MyKasih Kapital.
Apa syarat kelayakan permohonan?
Bagaimana pula dengan proses permohonan bantuan perniagaan ini?
InfoEkstra prihatin menyediakan anda entri Permohonan Bantuan Modal Perniagaan MyKasih Kapital Sebanyak RM1000 sebagai panduan bagi usahawan wanita yang berminat untuk membuat permohonan.
Jom baca!
Apa Itu Bantuan Modal Perniagaan MyKasih Kapital?
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan insiatif ini sejajar dengan dengan tujuan penubuhannya untuk memajukan kebajikan dan pembangunan rakyat Malaysia khususnya dalam kebajikan kanak-kanak dan keluarga.
Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan pada 8 Mac yang lalu sempena Hari Wanita satu insentif tambahan iaitu insentif bantuan MyKasih Kapital.
Bantuan ini disediakan bertujuan untuk membantu para usahawan wanita sebagai suntikan modal perniagaan dan juga menggalakkan mereka untuk terlibat di dalam e-dagang dan juga dropship.
Dijangkakan hampir 2000 usahawan wanita yang berkelayakan akan menerima bantuan modal perniagaan sebanyak RM1,000 ini.
OBJEKTIF BANTUAN PERNIAGAAN MyKASIH KAPITAL
- Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
- Membantu meningkatkan taraf hidup wanita yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
- Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.
Permohonan Bantuan Modal Perniagaan MyKasih Kapital Sebanyak RM1000
Berikut kami kongsikan dengan mereka yang berminat tentang syarat kelayakan permohonan, cara permohonan etc sebagai rujukan anda:
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN MODAL PERNIAGAAN MyKASIH KAPITAL
Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum anda boleh memohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohonan ini dibuka hanya kepada GOLONGAN WANITA.
- Pemohon ialah wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit.
- Pemohon ialah ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga.
- Pemohon ialah individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
- Pemohon berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan keluarga.
CARA PERMOHONAN BANTUAN MODAL PERNIAGAAN MyKASIH 2021
Usahawan wanita yang berkelayakan boleh terus membuat permohonan mengikuti langkah-langkah yang berikut:
- Anda perlu mengisi BORANG PERMOHONAN BANTUAN MODAL PERNIAGAAN MyKASIH KAPITAL
- Pastikan anda mengisi borang permohonan di atas dengan lengkap dan betul.
- Klik pada 'Next' untuk setiap paparan yang siap diisi.
- Setelah semuanya telah lengkap, pada bahagian akhir paparan klik 'Submit' untuk menghantar permohonan anda.
Siap! Mudah bukan?
Tunggu apa lagi? Jom buat permohonan!
BACA JUGA:
Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Modal Perniagaan 2021
Sebarang maklumat lanjut mahupun pertanyaan mengenai bantuan ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkaitan di saluran yang berikut:
- Urusetia MyKasih Kapital: 03-8323 2433
- Alamat: Urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, Aras 8, Bangunan KPWKM, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 61200 Putrajaya
Semoga perkongsian kami ini memberikan banyak manfaat khususnya pada usahawan wanita yang memerlukan bantuan ini.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH
Comments
Post a Comment