5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

Cara Daftar Vaksin Covid Melalui MySejahtera & Online 2021

Cara Daftar Vaksin Covid.

Kes Covid-19 yang semakin meningkat dalam tempoh dua hari ini amat membimbangkan dalam pada masa yang sama menjadikan rakyat Malaysia lebih peka akan kepentingan vaksin dalam memerangi penularan pandemik Covid-19.

Untuk itu, admin prihatin dengan keadaan semasa dan membawakan anda artikel Cara Daftar Vaksin Covid Melalui MySejahtera & Online di InfoEkstra hari ini sebagai panduan buat mereka yang ingin mendaftar dan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 mereka.

Semua informasi yang anda cari mengenai vaksin Covid-19 boleh diperolehi dalam artikel hari ini.

Jom baca! 

Vaksin Covid-19 Malaysia 

Cara Daftar Vaksin Covid Melalui MySejahtera & Online

Menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijalankan dalam tempoh setahun bermula Februari 2021 hingga Februari 2022 dimulakan dengan dengan suntikan sulung yang diterima oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bersama petugas barisan hadapan. 

FASA PEMBERIAN COVID-19

3 fasa pemberian vaksin Covid-19 untuk rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

FASA PERTAMA: FEBRUARI - APRIL 2021

Dijangka seramai 500,000 rakyat Malaysia akan menerima vaksin dalam fasa 1 ini iaitu:

  •  Petugas barisan hadapan yang merangkumi petugas kesihatan kerajaan dan juga swasta.
  • Petugas barisan hadapan yang merangkumi perkhidmatan penting dan pertahanan.
  • Lebih kurang 50,000 guru akan dipertimbangkan menerima vaksin dalam fasa 1 ini

FASA KEDUA: APRIL - OGOS 2021

Anggaran seramai 9.4 juta rakyat Malaysia akan menerima vaksin dalam fasa 2 ini iaitu:

  • Baki kakitangan petugas kesihatan, perkhidmatan penting dan pertahanan.
  • Warga emas berumur 60 tahun ke atas, golongan yang berisiko tinggi menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi etc.

FASA KETIGA: MEI 2021 - FEBRUARI 2022

Baki kira-kira 13.7 juta atau lebih penerima vaksin fasa 3 adalah:

  • Penduduk berumur 18 tahun ke atas (warganegara dan bukan warganegara)

Apa itu Vaksin Covid-19?

Untuk makluman anda, vaksin COVID-19 merangsang sistem imun supaya jika kita terdedah kepada koronavirus SARS-CoV-2, tubuh badan boleh bertindak balas terhadap jangkitan COVID-19. 

Pemberian vaksin ini adalah secara sukarela dan percuma kepada semua penduduk Malaysia sama ada anda berstatus warganegara atau bukan warganegara.

Kerajaan juga memberikan jaminan bahawa vaksin tersebut adalah selamat kerana Vaksin COVID-19 ini telah mengalami proses analisis dan kajian sebelum diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Cara Daftar Vaksin Covid Melalui MySejahtera & Online

Ayuh kita sama-sama sahut seruan kerajaan untuk mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dengan mengikuti cara-cara yang bakal kami kongsikan di bawah.

Tapi sebelum tu nak tahu, siapa yang tak sesuai nak terima suntikan vaksin ni?

Jom teliti informasi di bawah

SIAPA YANG TIDAK SESUAI MENERIMA VAKSIN? 

Berikut merupakan senarai kategori mereka yang tidak sesuai menerima vaksin Covid-19:

  • Individu mempunyai sejarah alahan/alergi yang serius terhadap makanan/ubat/persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.
  • Individu yang mengalami alahan/alergi yang serius selepas menerima dos pertama vaksin.
  • Individu yang menjalani transplan/pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
  • Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti radioterapi, kemoterapi, dan imunoterapi.
  • Individu yang mengidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 kurang 200 cells/mL.
  • Ibu yang sedang mengandung atau merancang untuk hamil.
  • Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus/bakteria.
  • Individu yang menerima rawatan antibodi monoclonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
  • Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah iaitu di bawah 50,000 per microlitre.

Pastikan anda membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sekiranya anda mempunyai ciri-ciri di atas untuk memastikan kondisi kesihatan anda sesuai atau tidak untuk menerima vaksin Covid-19.

Anda yakin anda boleh mengambil suntikan vaksin? Jom daftar bersama berpandukan cara-cara di bawah:

CARA DAFTAR VAKSIN COVID-19 MySEJAHTERA 

Macam mana nak daftar dengan MySejahtera ni?

Senang je, ikuti cara-cara berikut:

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda. Pada paparan pertama tekan 'Tutup' di bahagian atas sebelah kanan skrin anda.
  2. Kemudian klik pada 'Vaksinasi Covid-19' untuk pendaftaran baharu vaksin Covid-19 anda.
  3. Anda akan dibawa kepada paparan baru, klik pada bahagian 'Vaksin untuk_______ (nama anda)'  
  4. Akan diberikan paparan 'Maklumat Saya'. Pastikan semua butiran peribadi anda di dalam paparan tersebut adalah betul. Jika semuanya betul klik 'Sahkan' jika terdapat kesalahan atau perubahan maklumat klik 'Edit' 
  5. Selesai kemaskini maklumat klik 'Ok' dan klik 'Teruskan' untuk mengetahui anda berada dalam fasa suntikan vaksin yang keberapa.
  6. Pada paparan baharu, klik pada perkataan 'Di Sini' untuk penambahan maklumat bagi pendaftaran Vaksin.
  7. Jawab semua soalan yang diberikan dengan tepat kemudian klik 'Ok'. Pendaftaran anda kini sedang dikemaskini.

Dah siap, mudah bukan? 

BACA JUGA: 

CARA DAFTAR VAKSIN COVID-19 ONLINE (TIADA MYSEJAHTERA)

Kalau saya tak ada MySejahtera macam mana nak daftar?

Jangan risau, ada caranya. Senang je. Jom kita tengok sama-sama.

  1. Pengguna perlu layari laman web berikut: PORTAL RASMI DAFTAR VAKSIN ONLINE
  2. Isi semua maklumat dengan betul. Sila pastikan semua maklumat yang diberi adalah lengkap dan tepat untuk kelancaran proses pendaftaran.
  3. Selepas itu klik 'Hantar'. Dah siap!
Cara Daftar Vaksin Covid Melalui MySejahtera & Online


DAFTAR VAKSIN ASTRAZENECA UNTUK WARGA EMAS

Anda juga boleh mendaftar untuk Vaksin Astrazeneca kuota dibuka khas buat warga emas bermula 23 Mei 2021 ini.
 
Susulan daripada peningkatan permintaan suntikan vaksin Astrazeneca, pendaftaran pusingan kedua suntikan vaksin ini akan bermula pada hari Ahad ini.
 
Anda hanya perlu:
  1. Layari: DAFTAR VAKSIN ASTRAZENECA
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan, dan tentukan tarikh temu janji dan tempat vaksinisasi yang diinginkan.
Daftar Vaksin Astrazeneca

KESAN SAMPINGAN SUNTIKAN VAKSIN

Antara kesan normal suntikan vaksin Astrazeneca dalam tempoh 24 hingga 48 jam dalah seperti berikut adalah seperti berikut:

  • Sakit atau sengal di tempat suntikan
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Demam
  • Rasa seram sejuk
Simptom-simptom di atas adalah simptom normal selepas menerima suntikan vaksin, sekiranya anda mengalami simptom yang serius sila rujuk pakar perubatan.

Maklumat Lanjut Cara Daftar Vaksin Covid

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan lanjut boleh rujuk saluran berikut:

  1. SOALAN LAZIM COVID-19 MALAYSIA
  2. Hantar pertanyaan anda di: info@vaksincovid.gov.my
Semoga kita menemui penyelesaian yang terbaik dalam menangani penularan pandemik Covid-19 yang semakin serius di negara ini.
 
Mulakan langkag pencegahan anda dengan mematuhi SOP dan mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin.
 
Sama-sama kita, jaga kita.  

Comments