Bayar Zakat Fitrah Online: Semak Kadar Zakat Fitrah 2021

Bayar Zakat Fitrah Online.

Bulan Ramadhan adalah bulan dimana semua umat Islam menjalani ibadah berpuasa. Bukan itu sahaja, umat Islam yang cukup syarat wajib juga diwajibkan untuk membayar zakat fitrah.

Bagaimana cara untuk bayar zakat fitrah?

Tahukah anda yang sekarang ini anda boleh bayar zakat secara online?

Tak percaya?

Entri InfoEkstra hari ini Bayar Zakat Fitrah Online: Semak Kadar Zakat Fitrah 2021 dimana kami sediakan informasi tentang syarat wajib bayar zakat fitrah, kadar zakat fitrah 2021 etc sebagai rujukan.

Jom baca!

Apa Itu Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan zakat yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan yang berkemampuan dan menepati syarat-syarat wajib yang ditetapkan.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan tentang Zakat Fitrah. 

Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

WAKTU YANG SESUAI UNTUK MEMBAYAR ZAKAT

WAKTU WAJIB
  • Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
WAKTU SUNAT
  • Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
WAKTU HARAM
  • Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Bayar Zakat Fitrah Online

Bayar Zakat Fitrah Online: Semak Kadar Zakat Fitrah 2021

Berikut kami kongsikan kadar zakat fitrah 2021 dan cara untuk bayar zakat secara online.

Semuanya ada disini.

Jom baca.

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH 2021 MALAYSIA

Berikut merupakan kadar bayaran untuk setiap negeri di Malaysia:

  1. Perlis: RM7.00
  2. Kedah: RM7.00/RM14.00/RM21.00
  3. Pulau Pinang: RM7.00/RM14.00/RM16.00
  4. Perak: RM7.00/RM14.00/RM21.00
  5. Selangor: RM7.00/RM14.00/RM21.00
  6. Negeri Sembilan: RM7.00
  7. Melaka: RM7.00/RM14.00
  8. Johor: RM7.00/RM10.00
  9. Pahang: RM7.00
  10. Terengganu: RM7.00
  11. Kelantan: RM7.00/RM14.00/RM21.00
  12. Sarawak: RM7.00
  13. Sabah: RM6.00/RM7.50
  14. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan: RM5.00/RM7.00/RM14.00
BACA JUGA:

CARA BAYAR ZAKAT ONLINE 

Kami kongsikan buat rujukan anda cara untuk bayar zakat online untuk setiap negeri di Malaysia:

CARA BAYAR ZAKAT MELAKA

    Bagi mereka yang ingin membayar zakat di negeri Melaka anda perlu:

    • Layari: PORTAL RASMI IZAKAT
    • Kemudian klik pada 'Fitrah Online' atau 'Bayar Fitrah'
    • Ikuti langkah berikutnya untuk membayar zakat fitrah

    CARA BAYAR ZAKAT KEDAH

    Bagi mereka yang ingin membayar zakat di negeri Kedah anda perlu:

    • Layari: PORTAL RASMI JOM ZAKAT KEDAH
    • Klik 'Bayar Zakat Fitrah'
    • Isikan jumlah zakat yang anda ingin bayar dan klik 'Tambah'
    • Selesai semua, klik pada 'Bayar'

    CARA BAYAR ZAKAT PULAU PINANG

    Bagi mereka yang ingin membayar zakat di negeri Pulau Pinang anda perlu:

    • Layari: PORTAL ZAKAT PENANG 2U
    • Anda perlu Log Masuk dan Daftar Akaun Anda terlebih dahulu sebelum ingin membuat pembayaran zakat.
    • Selesai mendaftar, log masuk sekali lagi dan anda boleh mula membuat pembayaran zakat.

    CARA BAYAR ZAKAT NEGERI SEMBILAN

    Bagi mereka yang ingin membayar zakat di negeri Negeri Sembilan anda perlu:

    • Layari: PORTAL RASMI ZAKATNS2U
    • Isi semua butiran diri yang diperlukan. Selesai dengan itu klik 'Bayar Melalui Perbankan Internet' untuk membuat pembayaran zakat

    CARA BAYAR ZAKAT SELANGOR

    Bagi mereka yang ingin membayar zakat di negeri Selangor anda perlu:

    • Layari: PORTAL RASMI ZAKATSELANGOR
    • Klik 'Bayar Zakat Online' dan klik lagi pada 'Bayar Zakat Anda'
    • Isi butiran diri anda dan klik 'Seterusnya'
    • Pilih cara bayaran zakat anda klik 'Seterusnya'
    • Pilih bank untuk membuay pembayaran zakat anda.

    CARA BAYAR ZAKAT PERAK

    Bagi mereka yang ingin membayar zakat di negeri Perak anda perlu:

    • Layari: PORTAL EZAKAT MAIAMP
    • Isi semua maklumat yang diperlukan sebelum anda ingin membuat pembayaran.
    • Setelah selesai klik 'Bayar Sekarang'

    CARA BAYAR ZAKAT PERLIS

    Bagi mereka yang ingin membayar zakat di negeri Perak anda perlu:

    • Layari: PORTAL RASMI MAIPS
    • Pergi pada 'Bayar' dan klik 'Bayar Zakat FPX'
    • Isi semua maklumat yang diminta dengan lengkap dan klik 'Submit for Payment'

    CARA BAYAR ZAKAT TERENGGANU

    Bagi mereka yang ingin membayar zakat di negeri Terengganu anda perlu:

    • Layari: PORTAL RASMI EZAKAT MAIDAM
    • Klik 'Bayar Zakat Fitrah'
    • Isi semua maklumat dengan lengkap dan klik 'Seterusnya'
    • Maklumat pembayaran zakat anda akan dipaparkan klik lagi pada 'Seterusnya' 
    • Setelah itu lakukan pengesahan dan niat Zakat Fitrah

    CARA BAYAR ZAKAT KELANTAN

    Bagi mereka yang ingin membayar zakat di negeri Kelantan anda perlu:

    • Layari: PORTAL RASMI E-MAIK
    • Anda pergi pada bahagian 'Kadar Zakat Fitrah' kemudian klik 'Klik Disini Untuk Bayar'
    • Anda anda lihat ikon beras, klik pada ikon tersebut.
    • Isi maklumat dengan lengkap kemudian klik 'Bayar Sekarang'

    CARA BAYAR ZAKAT JOHOR

    Bagi mereka yang ingin membayar zakat di negeri Johor anda perlu:

    • Layari: PORTAL e-PAYMENT MAIJ
    • Anda perlu membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu.
    • Masukkan no kad pengenalan dan buat semakan.
    • Isi kesemua butiran yang diperlukan. Selesai semua, log masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang dicipta.
    • Anda sudah boleh mula membuat pembayaran zakat fitrah

    CARA BAYAR ZAKAT PAHANG

    Bagi mereka yang ingin membayar zakat di negeri Pahanh anda perlu:

    • Layari: PORTAL RASMI EZAKAT MUIP
    • Klik 'Bayaran Zakat Fitrah'
    • Isi butiran yang diminta kemudian klik 'Seterusnya Untuk Bayar'
    • Anda boleh mula membuat pembayaran zakat

    CARA BAYAR ZAKAT SARAWAK

    Bagi mereka yang ingin membayar zakat di negeri Sarawak anda perlu:

    • Layari: PORTAL RASMI PELANGGAN TBS
    • Anda perlu membuat pendaftaran dan klik pada 'Daftar Akaun'
    • Selesai dengan urusan daftar, log masuk dengan no IC dan kata laluan yang dicipta semasa mendaftar.
    • Anda kini boleh teruskan dengan pembayaran zakat

    CARA BAYAR ZAKAT SABAH

    Bagi mereka yang ingin membayar zakat di negeri Sabah anda perlu:

    • Layari: PORTAL RASMI APPSZAKAT SABAH
    • Klik 'Daftar Sekarang' Isi semua maklumat dan klik 'Daftar'
    • Masukkan no IC dan klik 'Pengesahan'
    • Isi maklumat diri dan daftar 
    • Log masuk semula dan pilih FPX dan MIGS. Klik 'Teruskan Pembayaran'
    • Pilih Zakat Fitrah dan isi semua maklumat, kemudian pilih Internet Banking untuk meneruskan pembayaran zakat online

    CARA BAYAR ZAKAT KUALA LUMPUR/LABUAN/PUTRAJAYA

    Bagi mereka yang menetap di wilayah persekutuan berikut adalah cara untuk bayar zakat:

    Maklumat Lanjut

    Bayar Zakat Fitrah Online
    Sebarang maklumat lanjut mengenai pembayaran zakat dan kadar kadar zakat fitrah boleh terus hubungi Pejabat Zakat negeri anda.

    Selamat membayar zakat dan terima kasih.

    Comments